Saturday, April 11, 2009

nape aku??

kenapa AKU??


terdetik di benakku kenapa aku??

walaupun sudah seluas langit dosaku,

sudah sedalam lautan khilafku..

layakkah aku menghadap yang Esa..


kenapa AKU??

aku tidak pasti..

namun yg psti setelah bertahun lama ku melalui jln yg gelap..

terpancar satu sinar di hujung sana..

sinar yg terang menerangi langkah-langkah seharian..

agar aku tidak tersungkur meniti kegelapan..


kenapa AKU??

kini ku yakin..

ALLAH lah yang memegang hatiku..

DIA bisa mencampakkan aku ke lurah neraka..

mahupun mengangkat aku ke tangga syurga..

dan ku syukuri atas segala kurniaNYa..


ku insafi segala Khilafku Ya Rabb..

kerana ku tak snggup andainya diri ini dihumban ke lurah neraka..

kerna seksaannya tidak tertanggung oleh tubuh kecilku..

ku syukuri Ya Rahman kerana AKU telah terpilih olehMu..

dan kini ku mengerti KENAPA AKU...

Pesanan "Mereka"

kak L :- zai jgn lupa tahajjud tau..bgn mlm adalah knci kekuatan kita..kalo nak istiqamah, kita kena usaha..ingt psn akak k..
kak S :- kalo bnda yg ditanya 2 x menambahkan iman awak, so jgn tnya k..awak kenala sggh2 wat keje ni..kalo x, xkan nak harap ah chong ataupun muthusamy yg smpikan dakwah kat kita..
kak F :- zai, awak kena rapatkan diri dgn adik2..buat DF..baru sng kita nak smpikan dakwah kita..yg pnting awak kena rjin tnya psl dorg..hehe
kak W :- zai dah mcm sama dgn akak ni..cpt tul awak naik..bgs2..nnt kita sama2 leh bekerja tuk Islam ea..sori la akak stil x dpt beli keta la lagi..

dear sis..u're the heaven gifts that Allah give to me..
psnn akak2 sume akan zai ingt smpi bla2..akak sume dah byk bg kfhmnn n tnjuk ajar..'
i'm glad & thankfull coz kenal akak sume.. ^-*

Friday, April 10, 2009

tentang COUPLE..




nak tau sgt ttg couple?? hah amik ni..


huhu

STF best!!!!!!!!!


dear blog..

hrni adalah hr yang sgt best bg aku..

aku dpertemukan dgn adik2 di STF yang aku kira mereka sgt naif..

belum kenal erti dnia yang sbnr2nya...dan Allah memilih aku untuk menjadi org yang memberi peringatan kpd adik2 ni..

wajah2 mereka sgt dahagakan hidayah Allah..mereka juga sprti aku yg dulu..tercari2 satu titik perubahan dlm diri..moga aku mmpu mnjadi asbab kpd pengislahan mereka..

adik2..

ingtlah bahawa Allah tidak akan singgah ke dlam hati yg kotor yg penuh noda..

untuk menjadi kekasihNya, jdlah insan yg berguna..

ingt psnn akak n semat di ati..moga jadi pnduan kala diri perlukan suntikan..

pe2 pun korang memang SEMPOI!!!

sayang korang sume...

wallah..heheh ^-^

Thursday, April 9, 2009


cmne ek nak tmbah iman??
pada suatu hari aku ditanya oleh sorang adik..akak-akak, cmne nak tambah iman kita??adakah seperti topup handfon??emm..mula-mula agak pelik jugak dgn soklan tu..tp lepas difikir2kan blik aah ek..kita jarang atau x pnh langsung nak pk cmne nak tmbah iman kita kalo makin kurang..xkan nak tggu dah empty baru nak tambah??kalo cam tu mesti perlukan "duit"yang bnyk utk isi tangki iman kita.. tp xpe..aku pun ckp kat adik tu..soklan tu kiv dulu leh?? nnti akak cari akak gtau adik ea..jgn ngs tau..(hahahaha) ..
APA ITU IMAN?
Iman bererti:
1. Percaya dengan sebenarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.
2. Segala jenis ketaatan hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu.
3. Perkara-perkara yang diimankan itu, dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki di dalam hadis tersebut.
Percaya secara mutlak kepada Allah ialah membenarkan dan mengakui adanya Allah, mempercayai sifat-sifat Allah, mempercayai dan membenarkan kekuasaan Allah dan segala peraturanNya.
Kepercayaan yang mutlak ini hendaklah mengandungi tiga unsur penting, iaitu;
1. Iqrar dengan lidah
2. Tasdiq (dibenarkan) dengan hati
3. Dilakukan dengan anggota
Abul Ala Maududi, seorang ulama' terkemuka, menjelaskan hubungan antara iman dengan Islam;
"Hubungan antara Islam dengan iman ialah laksana hubungan antara pokok dengan akarnya sebagaimana sepohon pokok tidak dapat tumbuh dan hidup subur tanpa akarnya, demikianlah pula seseorang itu tidak dapat menjadi muslim tanpa mempunyai keimanan."
Kata seorang Sahabat r.a
�IMAN ITU DIANTARA HARAP DAN TAKUT�
Apa yang di maksudkan antara harap dan takut? Allah S.W.T ciptakan syurga dan neraka. Mengapa ia di ciptakan? Jawapannya supaya kita berIMAN. Syurga di cipta supaya kita berHARAP dapat memiliki syurga dan neraka di cipta supaya kita TAKUT dengan azab api neraka.
mengHARAP dan TAKUT yang bagaimana?
Begini� jikalau semua orang manusia dimasukkan neraka dan hanya seorang sahaja yang dimasukkan dalam syurga, maka kita berHARAPlah yang seorang itu adalah anda�.. jikalau semua orang dimasukkan ke dalam syurga dan hanya seorang sahaja yang di masukkan ke dalam neraka, maka TAKUT
� TAKUTLAH yang seorang itu adalah anda�.Contoh lainnya sewaktu sembahyang� kita berHARAP sembahyang kita akan di terima oleh ALLAH tetapi dalam masa yang sama kita TAKUT sembahyang kita hanya akan menambah kemurkaan ALLAH.
DI MANA LETAKNYA IMAN?
IMAN letakknya di hati yakni raja segala anggota. Kalau baik hati maka baiklah anggota yang lain. IMAN ini bagaikan cahaya pada hati.
Kata Imam Al Ghazali
�hati itu bagaikan sebuah tasik, yang mana terbentuk dari empat sungai, sungai itu adalah mulut, mata, akal dan telinga�
Jika salah satu sungai tadi ada kekotoran maka tasik tadi akan kotor jugak, pendek kata sungai sungai tadi mesti bersih barulah tasik yang terbentuk pun bersih.
Jadi untuk dapatkan hati yang bersih ialah dengan menjaga 4 perkara ini.
MULUT memperkatakan tentang kebesaran dan keagungan Allah, jangan cakap tentang perkara sia-sia dan ,
MATA melihat kebesaran dan keagungan ciptaan Allah, jangan tengok benda2 tak elok cth tenung perempuan,
AKAL memikirkan tentang keuasaan Allah yang Maha Pencipta dan
TELINGA mendengar tentang perkara baik2 cth dengar bacaan Al-Qu`an, dengar orang bercerita tentang kehebatan Allah, kalau dengar orang mengumpat beredarlah dngan penuh hikmah
FUNGSI IMAN?
Diantara fungsi IMAN ini ialah untuk memudahkan kita beramal. IMAN dan AMAL adalah saling bersangkut paut. Kekuatan iman akan membawa kita kepada menunaikan solat di awal waktu, membawa kita kepada solat berjemaah dan memudahkan untuk kita melakukan perintah2 yang lain. Bukan setakat yang wajib tetapi juga yang sunat pun boleh kita lakukan bila adanya kekuatan IMAN. Effect IMAN adalah pada amalan harian kita.
ukhwah fillah abadan abada...
Allah itu maha Penyayang..kita rasa tempias kasih sayangNya yang x terhingga tu bila kita disayangi manusia yang bergelar sahabat..
kasih seoarang sahabat yang dirasakan tiada hitungnya kerana d sisi waktu suka dan duka..
bersyukurlah aku kerana dikurniakan sahabat seperti mereka..akan bersama tika suka dan duka, kala aku tersungkur mereka memimpinku, kala aku terjatuh mereka akan merawat lukaku dan tika aku kealpaan akan mereka ingatkan..
ukhwah ini kerana Allah..
bertemu dan berpisah kerana rahmatNya..
miss u guys..

Monday, April 6, 2009

qadarNya~~


smlm aku tgrak ati nak p sitting after dah brkurun x p..(apala aku nak jd ni)..

tb2 aku dsdrkan ttg Qadar Allah..

aku di psiko hbs2an semlm..

mula2 rasa x stju tp lama2 aku try clearkan mind aku..

baru la aku dpt hadam pe yg cube dsmpaikan..

emmm...

2 la kita..dari kecil dah ddidik ttg how to get byak A..

sdgkan dari awal Allah dah ttpkan qadarNya..

bpe byk kita usahapun akhirnya itu je la yg dah dttpkan..

so pk2kanla..