Monday, July 21, 2008

AIR MATA CINTA

Semenjak aku bekerja sebagai guru ni. Aku cukup risau mendengar khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun hanya sebagai guru sandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi penganggur terhormat dengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah aku dah mula jenuh mendengar leteran abah dan rungut ibu kerana mereka kata aku ni memilih kerja sangat. Dah tak tahan rasanya, nasib baiklah aku ada kawan lama yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah yang membuka tawaran pengambilan guru sandaran. Jadi, peluang untuk mengelakkan diri dari terus menjadi bahan rungutan ini tidak kulepaskan begitu sahaja.Sememangnya aku tahu bahawa diri aku ni tidak layak untuk menjadi pendidik, tapi apa boleh buat. Sudah keadaan yang memaksa aku untuk melupakan ketidakbolehanku itu. Borang permohonan aku isi ala kadar aje, tidak mengharapkan sangat. Tapi bila dah rezeki itu telah ditentukan milik kita, dan ia memang benar akan menjadi milik kita tanpa kita sangka sekalipun. Aku menerima surat jawapan dengan perasaan berbelah bagi juga sebab aku takut nanti aku tak mampu untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan atas bahuku ini. Namun, abah dan ibu mula tersenyum mendapat berita itu kerana mereka tahu anak gadis mereka ini memang boleh memikul amanah itu.“ Ah, mereka tidak tahu keadaan aku sebenarnya!” Bisik hati kecilku. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya surat jawapan itu akan menyelamatkan aku untuk seketika. Namun aku sendiri pun tidak tahu setakat mana ia mampu menyelamatkan aku.aku ada mendengar desas–desus dari adik-adik yang mengatakan bahawa ada orang telah datang merisik aku. Terkejut gila aku dibuatnya. Aku masih belum memikirkan lagi untuk menjadi isteri, suri rumah tangga apatah lagi ibu. Lagipun aku masih belum bersedia untuk memasuki alam rumah tangga. Harap-harap, tawaran guru ini akan membantu menyelamatkan aku yang dalam keadaan genting dan kritikal ini. Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk menolak pinangan sesiapa sahaja dengan mengatakan bahawa aku ingin menumpukan perhatian pada kerjaku terlebih dahulu untuk mencari pengalaman. Lagipun aku tahu perangai abah dan ibu yang tidak pernah memaksa aku untuk memenuhi kehendak mereka. Cuma harapan mereka itu yang akan membuatkan aku jadi serba salah untuk tidak memenuhinya.“Bila angah nak lapor diri?” Tanya abah sewaktu kami sedang makan malam. Makan malam bersama-sama merupakan perkara penting dalam keluargaku. Sebab itulah hubungan kami bertambah mesra.“Minggu depan bah.” aku telah diarahkan untuk melaporkan diri di Sekolah Menengah Agama Falahiah di Pasir Pekan, Kelantan. Itulah sebuah negeri yang tidak pernah kujejaki sepanjang hidupku hingga kini. Namun aku akan memecahkan rekod itu minggu depan.“Angah nak abah hantarkan ke?” Memang aku dah jangka abah akan menawarkan pertolongannya itu. Abah tidak pernah membiarkan aku kesusahan keseorangan tanpa bantuannya sampailah aku dah besar panjang dan keluar universiti begini. Abah seorang yang cukup penyayang pada kami anak-anaknya. Dia selalu memanjakan kami dalam lingkungan batas-batas tertentu.“Tak payahlah bah. Angah pergi naik bas saja dengan kawan. Kawan angah pun kena mengajar kat situ juga.” Jelas ku. Aku tak nak menyusahkan abah. Jauh juga perjalanan dari Selayang ni ke sana. Kata orang, dalam tujuh atau lapan jam juga. Aku dah banyak menyusahkan abah. Sekarang aku mahu berdikari sendiri dan aku mahu tunjuk dan buktikan pada abah yang anak gadisnya ini mampu untuk melakukan sesuatu dengan usaha sendiri.Banyak perkara yang terpaksa aku fikirkan. Terutamanya tentang keadaan tempat mengajarku nanti. Negeri yang tidak pernah kujejaki bakal menyambut kedatanganku sebagai musafir yang tidak tahu bila akan kembali ke tempat asalnya. Namun kupercaya bahawa ia pasti bangga menyambutku sebagai tetamunya.“Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu. Nanti jangan lupa selalu hubungi ibu dan abah kat sini.” Pesan ibu sewaktu aku nak bertolak ke Kelantan. Keluarga menghantar aku ke Hentian Putra.“Jangan lupa bawa balik ‘awe’ Kelantan tau!” Usik adik lelakiku. Adik aku seorang ni suka sangat menyakat aku. Kalau cakap dengannya, ada saja hal-hal yang membuatkan kami tidak bersependapat. Namun aku tahu, sejauh mana kasih sayang adikku itu terhadap aku.“Jaga perangai elok-elok. Tunjukkan budi pekerti yang mulia, barulah semua orang sayang pada kita walau di mana sahaja kita berada.” Itu pesan terakhir abah sebelum aku melangkah menaiki bas.aku cium tangan abah dan kupeluk ibu. Semoga berkat doa restu mereka. Aku bisa menghadapi dan mendepangi arus kehidupan ini. Kasih dan sayang mu abah dan ibu akan kubawa ke mana-mana sahaja selama mana kaki ini terus melangkah.“Aah.” aku menyeka air mata sewaktu melihat lambaian abah, ibu dan adik-adik tatkala bas yang kunaiki mula meninggalkan Perhentian Putra itu. Sedih juga aku untuk berpisah dengan mereka. Keluarga yang aku cukup bahagia dengan kasih sayang yang tercurah.“Kita nak tinggal kat mana nanti?” Tanyaku pada Nadia, kawan yang senasib denganku.“Tak payah risau. Pak long aku dah janji nak uruskannya untuk kita.” Nasib baik juga si Nadia tu ada bapa saudara kat sana. Kalau tak, macam manalah nasib kami nanti.“Pagi nanti, dia yang akan datang jemput kita kat stesyen bas.” Sambung Nadia lagi. Lega hatiku bila mendengarnya. Risau juga aku kalau tak ada orang yang ambil nanti sebab kami akan sampai di Kota Bharu sebelum subuh. Pagi-pagi begitu kat manalah kami nak gagau. Aku pun tak terfikir akan dihantar mengajar di Kelantan tu.Bas yang kami naiki tiba di stesyen bas Kota Bharu sewaktu azan subuh berkumandang dari menara Masjid Muhammadi, sebuah masjid yang tertua di negeri itu. Kedatangan ku ini disambut dengan laungan kalimah suci membesarkan Tuhan.“Semoga ia menjadi suatu petanda yang baik buat ku.” Bisik hati kecilku. Bandar ini sudah mula bangkit dari lena manusia. Orang ramai yang baru tiba, berduyun-duyun menuju ke masjid yang berdekatan.“Jom, pak long aku dah tunggu tu!” Ajakan Nadia itu membuatkan bicara hatiku terputus di tengah jalan.aku membuntuti langkahnya yang agak kalut sambil memikul sebuah beg pakaian. Aku hanya membawa barang-barang keperluanku sahaja, yang lain nanti boleh usahakan bila dah dapat tempat tinggal tetap. Aku harap, tempat tinggalku nanti tidaklah jauh sangat dari tempat aku mengajar kerana ia akan memudahkan aku untuk berulang-alik.“Buat sementara waktu ni, Nadia dan Idah tinggal kat rumah pak long dulu. Lagi pun bukanlah jauh sangat sekolah tu dengan rumah pak long.” Pengkhabaran beginilah yang agak memberatkan hatiku. Selagi boleh. Aku tak nak menyusahkan sesiapa. Aku lebih senang mempunyai rumah sendiri dari menumpang rumah orang lain. Apatah lagi tuan rumah yang kita tumpangi itu tidak mempunyai apa-apa pertalian pun dengan kita. Tapi apa boleh buat, terpaksalah aku bersabar buat seketika ini.Di Kelantan, sekolahnya bermula pada hari Ahad. Cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari ni baru hari Jumaat, jadi lusa baru aku akan melaporkan diri di sekolah agama tu nanti. Aku pun masih terfikir-fikir tentang subjek apa yang akan ku ajar nanti. Risau juga aku takut-takut nanti subjek yang terlalu sukar untuk aku. Lagi pun aku manalah ada pengalaman menjadi guru ni. Ni boleh dikira bidang terjunlah.Suasana pagi di Kampung Laut ini cukup tenang. Kampung yang berada di atas tebing Sungai Kelantan ini kedudukannya bersetentangan dengan Bandar Kota Bharu. Kita akan dapat melihat bandar itu dari tebing sungai Kampung Laut ini. Rumah bapa saudara Nadia ini agak besar juga. Boleh dikatakan kebanyakan rumah-rumah di kampung ini bertiang tinggi. Ini bagi mengelakkan daripada ditenggelami air apabila banjir melanda. Boleh dikatakan bapa saudaranya itu dari kalangan orang berada juga.aku agak kepenatan kerana perjalanan yang memakan masa tujuh jam semalam. Aku tidak sedar bila aku terlena di bilik rumah pak long Nadia tu selepas solat subuh tadi. Aku tersedar dari lena apabila telingaku disapa suara yang sayup-sayup kedengaran.“Baru bangun tuan puteri?” Soal Nadia apabila melihat aku menggeliat kemalasan. Dia baru aje selesai mandi.“Letih sangat naik bas semalam.” Alasanku. Segan juga aku bila memikirkan anak dara yang bangun tengah hari kat rumah orang ni. Nanti dikata orang anak dara pemalas pulak.“Suara apa tu?” Soal aku pada Nadia.“Itu suara orang memberi kuliyah pagi Jumaat di masjid. kat sini, setiap hari Jumaat ada kuliyah agama di masjid.” Beritahu dia. Baru aku perasan yang rumah pak long Nadia ni tidaklah jauh sangat jaraknya dari masjid. Masjid utama Kampung Laut yang didirikan sebagai mengganti Masjid Lama Kampung Laut yang telah dipindahkan ke Nilam Puri.“Kenapa?” Soal Nadia agak kehairanan bila memerhatikan aku sedang meneliti suara penceramah yang kedengaran melalui corong pembesar suara masjid itu.“ Tak ada apa-apa. Saja tanya.” Sebenarnya suara itu telah mengingatkan aku pada seseorang. Orang yang tidak pernah ku tatapi dan tengok wajahnya. Namun aku mengenali suaranya. Suara yang suatu ketika dahulu selalu mengganggu kelancaran dan kelicahan kehidupan kampusku tetapi telah bertukar menjadi satu suara yang selalu kurindu dan ku tunggu-tunggu untuk mendengarnya.“Helo! Boleh saya cakap dengan ustazah Faridah?” Tanya satu suara di hujung talian sana.“Ustazah Faridah tak ada, tapi Faridah aje adalah!” aku agak kehairanan kerana tak pernah seorang lelaki menelefon aku menanyakan nama Ustazah Faridah.“Ah, samalah tu.” Jawab suara itu.“Saya bukan ustazah, awak jangan nak memandai. Siapa awak ni?!” Geram rasanya apabila ada orang cuba untuk mempermainkan aku.“Tak apalah ustazah. Nanti lain kali saya telefon lagi. ….!” Talian dimatikan begitu sahaja tanpa sempat aku berbuat sesuatu.“Aaagh…” Keluh hatiku. Geram. Ada orang cuba untuk mempermainkan aku dengan panggilan ‘ustazah’ tu. Pada hal aku tak layak langsung untuk memakai gelaranku. Dari segi pakaian ku yang lebih ku suka mengenakan seluar panjang atau jeans dipadankan dengan t-shirt lengan panjang dan skaf saja. Lagipun aku suka dengan gaya begitu yang membolehkan aku bergerak lincah. Takkan orang macam aku ni dipanggil ustazah. Tak padan langsung. Ni dah sah orang cuba untuk mempermain-mainkan aku.Selang beberapa hari, suara itu menelefonku lagi. Boleh dikatakan semua gerak-geriku dia tahu. Semacam aku diperhatikan mata-mata gelap dari Bukit Aman lah pulak. Dah puas aku tanya siapakah tuan empunya suara, namun banyak dalihnya yang membuatkan aku tidak pernah tahu siapakah dia. Banyak hal urusan peribadiku cuba dicampurinya. Dari perjalanan hidup harianku sehinggalah cara aku berurusan dan berpersatuan termasuklah cara aku berpakaian.“Siapa awak yang nak cuba campuri urusan peribadi saya hah?!” aku mula hilang kesabaran bila dah semakin melampau langkahnya itu. Namun dia masih mampu untuk bertenang dengan sikapku yang mula panas itu.“Memang saya tahu siapa saya. Saya bukan abang apatah lagi suami ustazah. Tapi tak salah bukan kalau saya sebagai seorang sahabat cuba untuk menasihati dan memberikan pendapat?”“Jangan panggil saya ustazah! Saya dah meluat dengan awak!”“Saya tidak pernah memaksa ustazah memenuhi ataupun mengikuti nasihat dan pendapat saya. Pilihan keputusan terletak sepenuhnya di tangan ustazah. Saya tiada hak walaupun sedikit untuk menentukannya.” Dia tidak menghiraukan amaran dan kemarahanku itu. Dia tetap memanggilku ustazah.“Ahh, pergi jahanam dengan ustazah awak tu!” Semburan kemarahanku itu membuatkan aku mematikan talian telefon bimbitku.Selepas kejadian itu. Aku tidak lagi menerima panggilan dari suara misteri itu. Sekurang-kurangnya aku berasa sedikit aman sehinggalah pada hari ulang tahun kelahiran ku yang ke 24. Satu bungkusan telah dikirimkan ke alamat rumahku di Selayang. Aku agak berdebar bila menerima hadiah yang tidak tercatat siapakah nama pengirimnya. Apabila kubuka balutan kotak hadiah itu, kudapati di dalamnya terdapat sepasang baju kurung bewarna krim, sehelai busana bewarna meron serta dua helai telekong yang berwarna pink dan putih. Aku terkejut dengan hadiah itu. Terdapat dalamnya juga sekeping nota ringkas.……Selamat ulang tahun ke 24 buat Ustazah Faridah binti Mansur. Saya doakan semoga Allah memanjangkan usia ustazah dengan ketaatan ibadah serta memurahkan rezeki ustazah dengan yang halal. Amin…..Pemanggil misteri.Bagaimana dia boleh tahu tarikh lahir aku. Macam mana pula di memperolehi alamat rumahku ini. Orang ini memang gila agaknya. Aku membelek-belek baju dan telekong yang dihadiahkannya kepadaku itu.“Cantik juga. Macam dia tahu pulak tentang warna kesukaan ku.” Bisik hati ku. Tapi macam mana aku nak memakainya. Baju kurung tu tak kisahlah sebab aku biasa juga memakainya. Tapi bagaimana dengan busana dan telekong ni? Nanti apa kata keluarga dan kawan-kawanku. Aah..kacau-kacau.“Aii.. termenung saja! Terkenangkan orang jauhke?” Usikan mak cik Gayah, mak long Nadia itu membuatkan lamunanku terganggu.“Takdelah makcik.”“Sambil masak pun boleh termenung, nanti gulai yang kat atas dapur tu boleh hangit tau.” Sampuk Nadia pula.“Mana ada, kamu ni Nadia kalau tak sakat aku tak senang duduk agaknya.” Mak cik Gayah dan Nadia tersengih mendengar jawapanku itu.Malam itu kami semua berjemaah di masjid. Kata mak cik Gayah, malam ni ada ustaz jemputan yang akan memberikan ceramah tentang Maulidur Rasul. Kami agak terlewat ke masjid kerana sibuk di dapur. Jadi terpaksalah kami memenuhi saf belakang. Agak ramai juga kaum wanita yang datang ke masjid malam ni. Aku bertakbir ratul ihram pun sewaktu imam dah mula baca surah fatihah. Sekali lagi aku terpana bila mendengar suara imam membacakan fatihah. Aku rasa seperti pernah mendengar suara itu tapi di mana yak. Aku bertakbir menjadi makmumnya. Terlalu asyik mendengar bacaan imam. Alunannya yang mengikut lagu yang biasa dibacakan oleh Saad al-Ghamidi dan Sudais. Aku rasakan bahawa solat maghribku malam itu terlalu pendek dan cepat.Semasa ceramah maulidur rasul. Aku tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kerana suara penceramah itu benar-benar mengganggu ingatanku.“Ustazah nampak sopan bila berbaju kurung begitu dan lebih bersopan lagi jika berbusana. Jangan hiraukan apa yang orang kata, tapi ambil hirau tentang apa yang Tuhan kata”. aku terima mesej itu melalui telefon bimbitku. Memang ku tahu siapa pengirimnya. Hari itu tiba-tiba saja aku terlintas untuk memakai baju kurung yang dihadiahkan pemanggil misteri itu sewaktu aku menghadiri kuliyah. Cuma telekong saja yang ku ganti dengan skaf biasa. Agak kekok juga sebab dah lama aku tak pakai baju kurung. Itu pun ramai kawan yang tengok pelik saja pada aku. Pelbagai soalan yang mereka Tanya, tapi aku buat tak tahu saja. Malas nak layan. Apa salah baju tu, lagi pun orang yang bagi bukannya aku yang beli.“Saya harap ustazah pakai begitu bukan kerana saya, tapi ikhlas kerana Allah.” Suara itu mengingatkan aku.“Awak ingat awak tu siapa? Saya pakai tu kerana saya nak pakailah, tak ada kaitan langsung pun dengan awak.” Tegas aku pada dia.“Baguslah macam tu. Saya harap ustazah akan terus begini.” Itulah suaranya yang terakhir aku dengar. Selepas itu aku tidak lagi menerima sebarang panggilan misteri seperti itu sehinggalah sekarang. Cuma kadang-kadang sahaja aku menerima surat atapun bungkusan yang tidak tercatat nama pengirim dan alamatnya. Dan aku pasti, itu adalah ‘dia’. Ke mana sahaja aku pergi, pasti dia tahu. Seperti dia sentiasa mengekori dan memerhatikan aku.Sebelum aku bertolak ke Kelantan pun aku ada menerima satu bungkusan yang bersetemkan luar negeri. Di dalamnya aku dapati terdapat dua buah buku yang bertajuk Fitnah Wanita dan Bakal Wanita Syurga. Juga terdapat sekeping nota ringkas bersama bungkusan itu.…..Di harapkan ustazah sudi menerima hadiah dari saya ini sebagai ucapan tahniah saya kerana ustazah telah terpilih untuk menjadi guru sandaran. Semoga ada manfaatnya buku ini kepada ustazah.Pemanggil misteri.aku tidak lagi menaruh sebarang kebencian kepada pemanggil itu. Sebarang hadiah atau pemberian darinya aku terima dengan rela hati. Sekurang-kurangnya aku tidak payah membeli untuk itu. Teringin juga aku untuk bertemu dan mengenali siapakah sebenarnya ‘pemanggil misteri’ itu. Misteri sangatkah dia sampai dia tidak mahu memperkenalkan dirinya kepadaku? Namun aku sangat berharap agar suatu hari nanti aku akan menemuinya.“Masa kat masjid lagi mak cik lihat Idah asyik termenung. Kenapa ni?” Tanya orang tua itu sewaktu kami berjalan pulang dari masjid“Tak ada apa-apa lah mak cik. Badan ni yang masih penat lagi ni.” Alasanku padanya.“Yealah tu. Macamlah aku tak tahu. Nak sorok kat siapa hah?!” Nadia mula nak buka ‘gelanggang’ denganku.“Kalau ada pun. Aku ingat kat famili aku sajalah.” Seboleh-bolehnya aku tidak mahu orang lain tahu keadaan sebenarnya.“habis tu si pemanggil misteri tu siapa?” Rupa-rupanya Nadia sudah mengetahui tentang hal itu. Tapi dari mana dia tahu. Aku rasa. Aku tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang ‘pemanggil misteri’ itu.Semenjak aku menjawat jawatan guru sandaran ni, jadual harianku telah berubah. Banyak perkara yang perlu aku lakukan sebagai persediaan untuk mengajar. Aku tak sangka apabila telah diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah untuk mengajar subjek Tasawur Islam untuk tingkatan 4 dan Pendidikan Islam untuk tingkatan 3. Pada mulanya aku minta ditukar untuk mata pelajaran lain tapi aku tidak ada pilihan lain. Maka aku terpaksa menerima panggilan ‘ustazah’ itu. Ah Kenapa ini boleh berlaku. Sebelum ini, panggilan itu agak terlalu janggal untuk aku. Tapi setelah beberapa lama aku mengajar. Aku sudah lali dan mungkin boleh juga dikatakan agak serasi denganku.Namun aku terpaksa melakukan banyak perubahan terhadap penampilan dan peribadiku agar ia benar-benar secocok dengan panggilan itu. Aku tidak lagi selincah di kampus dulu. Keadaan berpakaian pun sudah berubah. Seluar, jeans dan t-shirt hanya kat rumah dan apabila bersama keluarga sahaja. Keluar aje dari rumah. Aku akan mengenakan baju kurung ataupun busana. Skaf telah ku ganti dengan tudung. Pada mulanya aku agak rimas berpakaian begitu, namun keadaan yang telah memaksa aku untuk berbuat demikian. Aku benar-benar berubah. Aku bukan lagi seperti Faridah yang dikenali sewaktu di kampus dulu. Oleh itu ramai teman-teman rapatku yang agak terkejut dengan perubahanku ini. Tidak kurang pula yang bersyukur pada Tuhan kerana telah membukakan pintu hidayahnya kepadaku. Aku juga telah memaklumkan pada keluargaku, mereka tidak membantah. Malah mereka juga turut bersyukur. Cuma mereka harap aku melakukannnya atas dasar kesedaran dan keikhlasan serta istiqamah kerana Tuhan. Bukannya sekadar hangat-hangat tahi kerbau. Di antara orang yang paling gembira dengan perubahanku itu ialah ‘pemanggil misteri’ itu.“Syukur dan syabas saya ucapkan kerana ustazah telah berubah.” Ucapnya melalui telefon setelah sekian lama dia tidak menghubungiku melalui telefon.“Terima kasih saya ucapkan pada awak kerana telah banyak mengubah peribadi saya.” Ucapku ikhlas.“Itu tugas saya sebagai seorang sahabat.”“Tapi bilakah saya dapat mengenali siapakah awak yang sebenarnya?” aku sememang dah tidak sabar untuk mengetahui siapakah dirinya yang sebenar.“InsyaAllah, bila sampai ketentuanNya nanti tetap ustazah akan tahu juga siapa saya.” Itulah jawapan yang selalu aku perolehi darinya apabila soalan demikian aku kemukakan.“Dah lama awak tak hubungi saya, ke mana awak pergi?” Tanyaku.“Saya keluar negeri, sambung pengajian.” Patutlah surat dan bungkusan darinya dulu bersetemkan setem Australia.Itulah pertama kali aku dengar suaranya setelah kira-kira lebih dua tahun dia tidak menelefonku. Hanya surat yang menjadi perantaraan. Itupun suratnya untuk aku sahaja. Aku pula tidak pernah mengirimkan sepucuk surat pun kepadanya kerana aku tidak tahu kepada siapa patut aku tujukan dan alamatnya pun entah di mana. Dia tidak pernah memberikannya kepadaku.Malam itu, ibu ada menelefonku. Dia tanya sama ada aku balik atau tidak pada cuti tahun baru cina nanti. Aku kata, kalau ikutkan perancanganku memang nak balik. Tapi tak tahulah agaknya-agaknya ada hal pulak nanti.“Kenapa?” Soalku pada ibu.“Ada orang nak datang tengok angah.” Jawapan ringkas ibu itu telah cukup untuk membuatkan aku terkejut besar. Aku memang tak sangka. Jantung ku berdegup kencang.“Angah belum bersedia lagi untuk berumah tangga bu.” aku masih mahu bebas dari ikatan itu.“Ibu tak paksa angah untuk terima, tapi baliklah dulu. Kita tengok, lepas itu angah yang buat keputusannya nanti. Ibu dan abah terima saja.” Pujuk ibu. Terasa sedikit kekuatan dengan jaminan yang diberikan ibu itu. Kalau boleh. Aku ingin menentukan sendiri pasangan hidupku tanpa sebarang paksaan dari kedua orang tuaku.Semenjak dari pengkhabaran ibu itu. Aku begitu berdebar untuk menunggu cuti tahun baru cina yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Aku lebih banyak termenung memikirkan hal itu. Setiap kali aku balik dari mengajar ke rumah sewa aku di Kampung Kota Kubang Labu. Aku lebih suka bersendirian dalam bilik. Nadia merasa pelik dengan perubahan mendadak ku itu. Aku menceritakan sebabnya kepada Nadia.“Bersabarlah. Apa nak dirisaukan, ibu engkau dah beri jaminan bahawa dia tak memaksa. Jadi pilihannya di tangan engkau sendiri.” Nasihat Nadia.“aku risau sebab aku takut untuk mengingkari harapan mereka.”Mulai hari itu juga. Aku memohon petunjuk Allah dalam menentukan dan memberikan kekuatan kepadaku.Ya Allah, sekiranya Engkau telah menentukan jodohku, maka aku harap Engkau mengurniakan aku seorang suami yang soleh. Mampu membimbing aku dan bakal zuriat yang akan lahir dari rahimku ini.Ya Allah, bantulah aku dalam menentukan perkara ini. Janganlah Engkau biarkan diriku sendiri menentukan perjalanan hidupku walau hanya sekelip mata. Aku memohon dariMu kebaikan yang berpanjangan dan bahagia yang berkekalan.Kepulanganku ke rumah di Selayang disambut gembira dengan seisi keluarga. Semuanya berkumpul, tambah-tambah lagi kerana cuti tahun baru cina. Lagipun mereka semua ingin tahu siapakah gerangan yang mahu datang itu. Abang long, abang chik semua balik. Kakak ipar dan anak buah juga tidak ketinggalan untuk turut serta.“Tak lama lagi, Man dapat abang iparlah. Ibu kan!” Itu suara adikku si Rahman.“Ish kamu ni Man. Tak boleh ke kalau tak usik angah tu.” Ibu cuba membelaku. Aku hanya melayan perasaan. Perasaanku berbelah bagi. Entah apa keputusan yang akan kuberikan kepada abah dan ibu nanti.“Ibu tak memaksa angah untuk menerimanya. Angah yang akan menentukannya sendiri.” Ibu mengulangi jaminannya padaku sewaktu dia melihatku murung.“Along terima siapa sahaja yang menjadi pilihan angah untuk jadi suami. Suami angah adalah adik ipar along juga.” Kata along sambil menepuk-nepuk bahuku.“Acik pun macam tu juga. Kami nak tengok angah bahagia. Itu sudah memadai bagi kami.” Sokong Acik pula. Sekarang aku benar-benar yakin bahawa aku memiliki sepenuh kuasa untuk menentukannya. Semua keluarga menyokong aku. Sekurang-kurangnya ia membuatkan aku berasa lega.Semua ahli keluargaku sibuk untuk menyediakan jamuan keluarga sempena kedatangan tetamu yang begitu mendebarkan hatiku itu. Mengikut kata ibu, mereka akan datang lepas maghrib dan akan makan malam bersama-sama keluargaku.Apabila masuk waktu maghrib, semua ahli keluargaku berjemaah di rumah. Abah yang jadi imam dan along yang jadi bilal. Cuma aku saja yang terkecuali sebab uzur. Jadi kenalah aku tengok-tengokkan Ain, anak saudaraku yang baru berumur 9 bulan. Makin tak keruan aje rasanya jiwa ini. Tapi bila memikirkan yang semua ahli keluarga menyebelahiku. Aku rasa bersemangat. Aku begitu gembira bila berpeluang untuk berkumpul dengan seluruh ahli keluargaku ini. Aku sangat bangga mempunyai keluarga yang sebahagia ini. Dan doaku semoga keluarga yang akan kubina nanti sekurang-kurangnya akan menjadi seperti keluargaku ini.Sewaktu, azan Isyak berkumandang dari Masjid Selayang kedengaran ada orang memberi salam di luar rumah. Aku bangkit bergegas ke bilikku. Aku malu, takut dan segan. Semua jenis perasaan mula berkumpul di hati ini. Badanku terasa seram sejuk dan panas serta-merta. Aku tak tahu apa yang mereka kat luar tu bincangkan. Cuma terdengar suara hilai ketawa sahaja. Selang beberapa minit. Aku terdengar suara orang bertakbir.“Seperti suara yang pernah kudengar.” Bisik hatiku sendirian. Kemudian, diikuti dengan bacaan surah al-Fatihah yang dialunkan mengikut bacaan Saad al-Ghamidi.“Ya Allah! Siapakah dia?” Hatiku semakin kuat tertanya-tanya siapakah sebenarnya empunya suara. Seperti suatu suara yang selalu kudengar. Seperti suara yang sering menasihatiku itu.“Ya Allah. Aku bermohon kepadaMu dengan kebaikan. Kurniakanlah aku suatu kurniaan di sisiMu yang boleh membahagiakan seluruh kehidupanku. Tetapkanlah kasih sayang di hati ini agar tidak goyah dalam mengharungi arus deras ini.”“Ya Allah! Kiranya dia adalah utusan dan ketentuanMu buatku. Aku harap Engkau permudahkanlah dan bukakanlah hatiku ini untuk menerimanya dengan ikhlas. Jika ia ditakdirkan bukan milikku, maka jauhkanlah hatiku darinya. Hilangkanlah bayangan wajahnya dari tatapan dan pandanganku agar hatiku bisa tabah menerimanya.”“Ya Allah! Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuanMu buatku. Amin….”Ketukan pintu bilikku membuatkan aku terkejut. Ibu masuk merapatiku.“Marilah keluar! Mereka mahu kenal angah.” Bisik ibu perlahan. Aku merenung ibu dengan pandangan yang berkaca-kaca. Ibu mengangguk lembut, terseyum memandangku sambil jari telunjuknya mengesat air mataku yang mengalir perlahan.“Sudahlah. Ibu ada bersama angah. Usah takut.” Pujuk ibu lagi. Aku bangun perlahan seperti tidak bermaya. Mengenakan jubah yang baru siap aku tempah dan telekong pink. Inilah kali pertama aku mengenakan jubah. Aku lap mukaku dengan tisu untuk menghilangkan sisa-sisa air mata.aku memandang ibu. Ibu mengangguk dan memimpin tanganku keluar untuk menemui tetamu yang mungkin istimewa. Aku menundukkan mukaku. Tidak berani untuk melihat siapakah tetamu itu.Ibu memimpin aku ke ruang tempat kami sentiasa solat. Rupa-rupanya mereka semua menunggu aku di situ. Aku duduk bersimpuh di sisi ibu dan diapit oleh kak long serta kak chik. Tetamu itu duduk bersetentangan denganku. Pada agakkanku, dia sedang memerhatikan gerak-geriku. Aku tidak berani untuk mengangkat mukaku untuk memandangnya.“Pak cik! Izinkan saya untuk bercakap dengan Faridah sekejap.” Tetamu itu memohon keizinan dari abah.“Silakan.” Keizinan yang diberikan abah itu membuatkan aku berdebar-debar. Tetamu itu merapatiku dan kini dia betul-betul bersila di hadapanku. Aku dapat mendengar bunyi nafasnya dan dapat menciumi bau minyak athar yang dipakainya.“Ya Allah! Tenangkanlah hatiku dan tolonglah aku di saat ini. Ya Allah. Aku benar-benar bermohon kepadamu.” Doa hatiku.“Ustazah Faridah! Jika ini dinamakan takdir, maka telah tiba masanya ustazah mengenali saya.” Betulkah suara itu yang aku dengar. Aku belum mampu untuk memandang wajahnya. Tapi suara itu membuatkan hatiku bergetar.“Dulu saya bukanlah abang apatah lagi suami ustazah, tapi sekarang saya datang untuk mengambil ustazah sebagai suri hidup saya.”“Ya Allah! Benarkah seperti apa yang aku dengar sekarang ini? Ini benar-benar suara dia. Aku yakin, memang inilah suara dia.” Bisik hatiku.‘Sudikah ustazah membukakan pintu hati ustazah untuk menerima cinta dan kasih sayang saya kerana Allah?” Soalnya perlahan.Perlahan-lahan aku mendongak mukaku dan pandangan kami bertembung.“Haikal!” Bisikku perlahan. Dia tersenyum memandangku. Air mataku mula mengalir.“Ya Allah! Benarlah janjimu terhadapku. Aku menerima kurniaanmu ini dengan penuh redhaku.”aku berpaling pada ibu. Ibu memandangku dengan penuh kasih sayang. Aku memeluknya erat.“Ibu, angah dah bersedia untuk jadi seorang isteri bu!” Bisikku perlahan. Ibu memelukku erat tanda akur dengan kehendak dan keputusanku.seruling senja....

----------Penulis Asal: seruling-----------------

"CaRiLaH KaSiH InsaN DemI CinTa TuHAn"

Sunday, July 20, 2008

19 keistimewaan wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. 3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga. 5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya. 12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya." 13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. 6 JENIS WANITA MALANG "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah." Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu". Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.

5 syarat nak buat maksiat!!

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

ku perlukanMU~~

betapa manusia itu lemah tnpa KHALIQNYA~~..
aku slalu mgharapkan sokongan drmu teman..
yg akan mnjadi tulang belakang pd stiap perbuatanku..
yg akan sntiasa di sisi ini ketika aku dlm usaha mncari cintaNya...
kerana engkaulah inspirasiku..
yg mmbuka mataku dgn izin Allah untuk mnjadi seorang MUSLIMAH~~
namun mgpa setelah kau berikan aku jalan,
engkau tinggalkan aku terkapai-kapai di jalan yang asing buatku itu..
tnpa sokonganmu aku tkut hatiku akan goyah semula..
mengapa kau tidak memahaminya teman..
aku tidak setabah sumaiyah~
tidak sekuat Khadijah
oleh itu bantulah aku mncari cintaNYA~~
janganlah engkau melemahkan smgt ku semula..
WAHAI TEMAN~~~
benarlah kita tidak boleh bersandar kepada manusia untuk memohon bantuan kerana sebaik-baik pertolongan adalah dariNYA~~
tuhan yang menciptamu wahai akhwat sejati~~

ubudiyyah vs khalifah..

"apa peranan kita"...

(ssuppp) satu perasaan aneh yang muncul dlm diri aku ketika soalan itu diajukan..

soalan yang biasa tp mmpunyai mkna yg tersirat..

selepas k.lin smpaikan ISK(ini sejarah kita) aku tb2 jd tkut..

satu perasaan yg x dpt dgmbrkan..

ketika aku mnjwb soalan k.lin apa peranan kita sebagai seorang guru, aku menitiskan air mata..

aku sndiri ttnya2 kenapa aku mngs??

mngs yg bersungguh2..

slps hbs usrah mlm 2 (yg buat kali pertamanya aku attend)..

k.lin peluk aku dan mengatakan..

"hidayah itu milik Allah zai..dan Dia akan bg kpd sape2 saja yg dikehendakiNya"..

pada masa 2 hanya Allah saja yg mgetahui betapa hina dan kerdilnya aku d sisiNya..

Monday, June 30, 2008

menjaga ati...

Intro: Gm – F – Eb – F (2x)[Lirik & Chord Yovie Nuno:Menjaga Hati – LirikLaguMusik.com]
Gm – F – Eb – FMasih tertinggal bayanganmu
Gm – F – Eb – FYang telah membekas di relung hatiku
Gm – F – Eb – FHujan tanpa henti seolah pertanda
Gm – F – Eb – EbmCinta tak di sini lagi kau t’lah berpaling
Bb F Bb Gm(*) Biarkan aku menjaga parasaan ini, oow…
Bb F Bb GmMenjaga segenap cinta yang telah kau beri
Bb Gm Kau menjauh aku tak ’kan jauh
Eb F Gm – F – Eb – FSebenarnya diriku masih mengharapkanmu… u… o… o…
Gm – F – Eb – FMasih adakah cahaya rindumu
Gm – F – Eb – FYang dulu selalu cerminkan hatimu
Gm – F – Eb – FAku tak ’kan bisa menghapus dirimu
Gm – F – Eb – EbmMeski ku lihat kini kau di seberang sana
Kembali ke: (*)
Bb/Eb FReff I I: Engkau pergi aku tak ’kan pergi


Bb Gm Kau menjauh aku tak ’kan jauh
Eb F BbSebenarnya diriku masih mengharapkanmu
Gm – F BbAndai akhirnya kau tak juga tak kembali
Gm – F – Eb – F…Aku tetap sendiri menjaga hati…
C G C AmBiarkan aku menjaga parasaan ini, oow…
C G C AmMenjaga segenap cinta yang telah kau beri
C/F GReff I I I: Engkau pergi aku tak ’kan pergi
C Am Kau menjauh aku tak ’kan jauh
F G CSebenarnya diriku masih mengharapkanmu
F G C AmBiarkan aku menjaga parasaan ini, oow…
C G C AmMenjaga segenap cinta yang telah kau beri
Kembali ke: Reff I I I
Coda:
F G CSejujurnya aku masih mengharapkanmu
G/B Am GWo hooo… o…
C G/B Am G AmHooo… o… hooo… o…

Friday, May 9, 2008

Sahabat Sejati
Album : See You D IPTMunsyid : Unichttp://liriknasyid.com

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
C/O : Oh Tuhan Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

syahdu sggh lagu ni..
buat semua teman2ku..
aku menyayangi kalian..

obses???

people ask me why i am too obses with this girl.i am not,i just love her.let me tell you about this girl of mine,balqis!aku kenal dia accidently,ia malukan aku dlm train.she sit next to me.i am about to tegur her whenshe stand up & give her seat to this old chinese man.masa tu aku malu gila babi!aku tgk dia,ordinary girl,muka berminyak2 tp manis,tudung senget2 n she look very tired1hour she stand dlm train tu.but she keep smiling n once a while look at her hp.& dia tunduk ble ada guy yg pandang including me.it just my luck,we are heading to the same place~surau terminal.spnjg jln aku cuci mata tengok dia& dia asyik maen hp so aku tau dia mesti dh de balakaku tuggu bas & already forget about her,then dia lalu dpn aku,she look different,so beautiful!xder lg oily face n tudung yg senget tu.aku tgk dr jauh,she kiss & hug somebody,her father,i guess.she so happy & alive with her father,& blah dr terminal.i can't forget her since that!it's more


(allah menjadikan lelaki & pmpuan itu bpsgn..
ttp cinta yg sejati hnya utk Allah s.w.t....
sebagai manusia biasa kita x seharusnya obses kpd sesorg..
cinta itu tdk kekal melainkan cinta kpd allah...
manusia seharusnya tidak meletakkan manusia yg lain sebagai kepentingan mereka..)

Wednesday, May 7, 2008

i'm exhausted!!

aku penat!!
hrni kena lari 6 pusingan pdg untk ujian amali aku..
almaklumla..
nak jd ckgu pj..
kalo mak aku ada mst dia dah tlg urtkan

Monday, May 5, 2008

1st day start blog!!!

agak excited coz diz is 1st day start blog ni..
apa yg bakal ada???
huhu..
mybe bnyk mngnai hal aku, kwn2 aku n apa yg aku minat..
nnt kan ek...