Wednesday, July 29, 2009

agung cintanya..


salam..smlm after dgr satu muhasabah from ustaz Fikri Thoriq, aku t'diam, mngis teresak2..betapa aku tidak menduga begitu cintanya baginda kepadaku..umatnya..


If Rasulullah (saw) is in front of you now, what would you say to him? What would you say to him? Are you ashamed? Would you cry? Would you extend all your heart & being? Would you dare do anything less? Then, why do we stray from his way? Ya Rasulullah, sollu ‘alaika ya Habibillah Khairu Khalqillah.


Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,
“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).
Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.
Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.
Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda:
Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.
Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu al ‘As berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as:
Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)
Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118.
Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis: Ya Allah! Umatku! Umatku! Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, “Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad – sememangnya Allah lebih Mengetahui – tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis.” Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. Maka Allah berfirman kepada Jibril as, “Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.
Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan kesempurnaan sifat kasih Nabi SAW terhadap umatnya, keprihatinan Baginda terhadap kemaslahatan dan keadaan mereka. Ia juga menerangkan tentang kebesaran kedudukan Nabi SAW di sisi Allah dan betapa besarnya kelembutan Allah terhadap hamba-Nya. Pengutusan Jibril as kepada Baginda SAW menzahirkan lagi ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah di tempat yang teratas sehingga Baginda dimuliakan dengan diberikan kepadanya apa yang disukai dan diredainya. (Sohih Muslim bi Syarh Imam al Nawawi jilid 2 H: 438)
Rasulullah utamakan umatnya
Sifat kasih yang mendalam menyebabkan Baginda sentiasa mengutamakan umatnya, tidak mahu umatnya menanggung kesusahan dan segala beban umatnya rela ditanggung sendiri oleh Baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda:
Aku lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri. Sesiapa dari kalangan kaum Mukminin yang meninggal dunia meninggalkan hutang maka ke ataskulah tanggungjawab melangsaikan hutangnya. Sesiapa dari kalangan mereka yang meninggalkan harta, maka ia adalah bagi warisnya. (riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ibnu Majah). Bahkan, Allah telah berfirman mengenainya sebagai mana dalam surah al-Ahzab ayat 6.
Ulama menyatakan, Nabi SAW adalah lebih utama daripada diri mereka sendiri kerana diri mereka mengajak mereka kepada kerosakan, sedangkan Baginda SAW mengajak mereka kepada keselamatan dan kesejahteraan.
Nabi SAW juga mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata:
Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.”
Rasulullah SAW juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:
Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)
Rasulullah adalah duta Allah SWT bagi menyampaikan mesej kasih sayang, dan Baginda telah pun melaksanakan amanah tersebut dengan sempurna. Kasih sayang itu telah pun diterjemahkan dalam segala perbuatan dan perkataan Baginda.
Rasulullah SAW menghulurkan kasih sayangnya, tanpa mengira warna kulit dan agama seseorang, hatta benda-benda tidak bernyawa mengecapi nikmat cinta Baginda. Baginda SAW sentiasa menyuruh bersifat belas dan kasih dan membenci kekerasan dan kekasaran.
Diriwayatkan daripada Aisyah ra bahawa orang-orang Yahudi menemui Nabi SAW, lalu mengucapkan: “Kecelakaan ke atas kamu.” Rasululah SAW bersabda: “Dan ke atasmu juga.” Lalu Aisyah mencelah: “Semoga kecelakaan ditimpakan ke atas kalian juga, laknat Allah dan juga kemurkaan-Nya ke atas kalian.” Rasulullah bersabda: “Perlahan-lahanlah, wahai Aisyah! Berlemah-lembutlah kamu dan janganlah kamu berkasar.”Aisyah berkata: “Apakah kamu tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?” Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kamu tidak mendengar apa yang aku katakan? Aku telah pun membalas ucapan mereka. Maka doaku itu dimustajabkan dan doa mereka tidak diperkenankan.” Jelas dalam situasi sebegitupun cinta yang mendalam dalam diri Rasulullah menghalangnya daripada berlebihan dalam membalas kejahatan.
Maka tepatlah Allah telah menggelarkan Baginda sebagai rahmat kepada seluruh alam dan sebagai yang amat pengasih kepada umatnya. Allah SWT telah berkenan mengurniakan kepada Baginda dua daripada nama-nama-Nya yang agung iaitu Ra’uf (Orang yang bersifat belas) dan Rahim (Orang Yang Penyayang).
Di dunia, Nabi SAW sentiasa berusaha memberi keringanan kepada umatnya. Maka Baginda SAW bersabda: “Sekiranya tidak berat ke atas umatku, nescaya aku memerintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali hendak melakukan solat.” Manakala di akhirat, Rasulullah SAW bersabda: “Umatku! Umatku! Ketika itu, manusia sibuk mendapatkan pertolongan para Nabi sedangkan mereka pula sibuk memikirkan nasib diri mereka. Tetapi Nabi Muhammad sibuk memikirkan umatnya bukan dirinya.
Justeru, wajiblah bagi kita menyaksikan kemuliaan Baginda dalam setiap nikmat yang diterima oleh seorang Muslim kerana Baginda SAW adalah pembuka jalan-jalan kebaikan untuk kita dan menzahirkan bagi kita jalan-jalan yang mulia.
Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas tetapi untuk diteladani. Meneladani cinta Baginda SAW membawa bahagia hingga ke syurga. Orang yang berakal dan mempunyai hati yang sejahtera, menghargai pemberian dan kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin dan membalas kasih sayang dengan kasih sayang serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi.
Para sahabat adalah orang yang paling hebat kecintaannya terhadap Baginda SAW, maka mereka adalah orang yang paling sempurna ikutannya terhadap sunah Baginda. Bagi mereka melaksanakan perintah Baginda SAW merupakan suatu kebahagiaan yang tidak mengenal erti jemu, lemah dan malas.
Cinta Rasulullah SAW juga unggul kerana ia merentasi tempat dan zaman hingga meliputi umatnya yang tidak pernah bersua dengannya mahupun keluarganya atau sahabatnya.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, “Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku.” Mendengar sabdanya ini mungkin kita umatnya yang datang kemudian agak sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, “Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku.”
Begitulah sekelumit paparan keunggulan cinta Rasulullah kepada umatnya yang sebenarnya telah melemahkan segala kalam dan lisan.

muTiara An-Nisa"


kerana kau wanita,
mengisi kekosongan
melengkap kehidupan
penyeri sebuah ikatan...

kerana kau wanita
hati pernah diluka
disiat sembilu rasa
pedih disimbah kecewa

kerana kau wanita
iman tinggi mengawan
sabar seluas lautan
kasih tiada bandingan
malu jadi sanjungan
air mata bukan mainan

kerana kau wanita
mulia kerana ketaqwaan
cantik kerana keperibadian

Monday, July 27, 2009

lafaz yang tersimpan~~

100 post~~


salam..dear blog...ini adalah post aku yg ke 100 dlm blog ni..nthg much i wanna say..juz i'm glad and thankful to Allah coz give me the inspiration 2 wrote this blog hopefully 2 inspire all the an-nisa' out there...and to ar-rijal..u can also read my blog 2 know how to treat an-nisa' and protect them..coz the main reason is they'll going 2 be ur wife, myb ur mum, ur sister n might b ur frens..so if u don't protect them as what Allah teach u in His Kalamullah, u are not doing ur amanah well..remember that women are very special and they should be treated nicely and please respect them as what they should be...

Saturday, July 25, 2009

puTih~~


  • Perempuan yang suci

  • Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah

  • Tidak sedikit pun Allah membenarkan

  • Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya

  • Walaupun hatinya…

  • Kerana Allah teramat mencintainya…
    Tetapi andai kita bergelumang

  • Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
    Di mana Allah untuk menjaga kita?

  • Allah seakan melepaskan kita

  • Kepada seorang manusia

  • Yang lebih banyak mengecewakan kita
    Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri

  • Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik

  • Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali

  • Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
    Mengapa masih ragu-ragu?
    Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari

  • Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…
    “Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali
    Ukhtiku,Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…
    Ukthiku,Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…Dari hidup dalam kesesatan
    Kerana jangan lupa ukhtiku…
    Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa

  • Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…

Thursday, July 23, 2009



buatmu yang bergelar ratu

Wednesday, July 22, 2009

wanita ibarat epal~~


Wanita ibarat epal…Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah..,TAPI epal yang tak mampu dibeli berada dipuncak..susah dipetik susah digapai..Terkadang epal itu risau, Kenapa diriku belum dipetik?Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah..,Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya…hingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu..Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat..? Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi menanti…WANITA CANTIKAllah berfirman:
“Ketika aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. “aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.“aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetaptegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak- anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakitiny aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungihatinya.”
“aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya. aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”


ketika cinta bertasbih







si rAma2 ItU...


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang

Friday, July 17, 2009

ilHamku...

DAMAI YANG MEMBISU~~
aku..
si pendatang di daerah sana..
dalam riuh rendah suasana,
aku membisu di balik senja..
di pangkin tua itu..
diriku tersadai tanpa arah..
merenung langit yang membiru..
mengucap 1001 makna di sebalik kedamaian
sungguh aku pernah bertatih,
dalam pencarian cinta yang suci
ombak yang menghepas pantai
jd saksi bahawa aku...
si pendatang yang mencari...
aku pernah menjadi pelakon di pentas yang luas itu
mengikut watak hati yang onar
sesekali aku terjatuh
dan tanpa sedar aku lemas dalam lautan manusia..
kebisuan yang semakin ku perlukan
dalam pendamaian yang ku tujui
aku syukuri kini damai yang membisu
menenangkan hati mendamaikan qalbu...
( sajak ini aku ilhamkan masa dlm clas SDP..kami dminta oleh lectrr utk cipta satu sajak brdsrkan gmbr yg dberi..emm..hope korg sume fhm apa yg aku nak smpikan dlm sajak ni..sape yg dpt huraikan,aku bg hdiah..huhu)

Tuesday, July 14, 2009

excident yg mlbtkan sepupu aku>>

kak ainul





SEBUAH bas RapidKL merempuh penghadang jalan lalu terjunam ke atas laluan motosikal yang menghala ke arah Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur sebentar tadi

KUALA LUMPUR: Sebuah bas RapidKL yang membawa 28 penumpang dari Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di susur keluar Jalan Pantai Baru dekat Lebuhraya Persekutuan di sini hari ini menyebabkan enam penumpang cedera parah.
Kejadian pada kirakira pukul 1.30 tengah hari itu mengakibatkan dua penumpang lelaki dan empat penumpang wanita cedera parah, manakala 22 penumpang yang lain bersama pemandu bas itu mengalami kecederaan ringan.
Kejadian berlaku apabila bas itu dikatakan hilang kawalan selepas sebuah kereta tiba-tiba memotong ke kiri laluannya menyebabkan bas itu melanggar pembahagi jalan sebelum jatuh ke laluan motosikal pada ketinggian lima meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Norizan Abu Bakar berkata semua penumpang dan juga pemandu bas itu yang terdiri daripada 16 lelaki dan 12 wanita, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini untuk rawatan.
"Kami terima panggilan lima minit selepas kejadian dan apabila sampai kami lihat orang ramai sedang mengeluarkan mangsa dari bas itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata 10 anggota dari Balai Bomba Pantai dengan satu jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dan mereka mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan semua mangsa.
"Tiada motosikal melalui laluan itu ketika kejadian kerana laluan motosikal itu ditutup," katanya sambil berkata punca kejadian sedang disiasat.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata enam yang cedera parah dalam kejadian itu kini menerima rawatan di PPUM.
"Dua lelaki itu dimasukkan ke unit rawatan rapi, tiga wanita ditempatkan di bilik rawatan lanjut, dan seorang lagi wanita berada di bilik rawatan susulan," katanya ketika ditemui di PPUM.
Beliau berkata dua buah ambulans dari PPUM dan sebuah dari Persatuan Bulan Sabit Merah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dan kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan.
Seorang penumpang yang ditemui, Juriah Salleh, 37, berkata sebuah kereta tibatiba memintas bas menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terhempas di laluan motosikal.
Juriah yang duduk di bahagian tengah bas berkata semua penumpang terperosok ke bahagian hadapan bas semasa bas itu menjunam dan terhempas ke laluan motosikal.
Katanya beliau bersyukur kerana hanya mengalami cedera ringan.
Seorang lagi penumpang, Khain Waun Nai, 37, warga Myanmar berkata semasa di dalam bas beliau berada di tempat duduk belakang manakala isterinya Yu Yu Khaing, 30, di bahagian depan bas.
"Tiba-tiba bas hilang kawalan dan masuk ke laluan motosikal. Saya bangun tengok isteri saya sudah pengsan dan berbuih mulut," katanya.
Beliau yang hanya mengalami kecederaan di tangan kiri bersyukur kerana terselamat manakala isterinya hanya mengalami lebam di mata kiri.







( semoga kak ainul cpt smbuh..dia dshkan patah tlg rusuk dan mata..baru je hr ahad lepas jmpa dia kat knduri kawin abang yan..)

tersedar!!!

~dear blog..dah lama rasanya aku x menulis..di malam pnuh syahdu ni..aku merintih sbg sorg hmba yg amat kerdil..

YA ALLAH>>
kau tetapkanla hatiku ini ya Rabb..
jgnlah kiranya kau pesongkan hati ini setelah kau kurniakan hidayahmu kepadaku..
kaulah pemilik hati ini..
kaulah pemegang kunci Qalbu ini Ya Allah..
sesungguhnya aku merintih..
rintihan sorg hamba yg dahagakan halwatul iman..
kau campakkanla ketenangan dalam hatiku..
kau hidup suburkanla diriku dengan cahaya ma'rifatmu..
dan kau nyalakanla diri dengan cahaya keimanan..
ya Allah..aku pohon padaMU..
matikanla aku dalam keadaan sejahtera dan iman yang teguh..
kerna ku x snggup berpaling dari MU...
AMIN~~
salam..sepupu aku xcdent..n dlm keadaan agak truk..doakanla kesejahteraan dia..

Wednesday, July 1, 2009

ku HaraP CinTa..


Puteriku Sayang
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu
disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
aku agak tsntuh dgn lirik lagu ni..masa mula2 nak b'ubah dl, lagu ni slalu aku mainkan dlm MP3..dah kira lagu wajib..kalo x mainkan shari rs x lgkp..tb2 mlmni aku rasa rndu dgn saat2 aku nak b'ubah dl..ms 2 aku rs halwatul iman..semua bnda yg ak wat aku back 2 Allah..hati rs dah suci smula..aku sntiasa mngs n antr slh satu sbb aku ngs ialah dis song..so 4 the people out there..there is a time 4 u 2 change..jgn tangguhkan taubat anda..kita x tau bila Izrail akan dtg memanggil untuk btemu dengan Sang Pencipta..Ya Rabb..sblm tiba waktu tu, persiapkan diri anda spy anda boleh "LULUS"dengan cemerlangnya exam di dunia ni..spy di sana nnt kita dpt bertemu dgn CINTA SEJATI & HAKIKI..ALLAHHU RABBI>>so ku harapkan cinta dariMU ILAHI @>----

SyUkRan JZKK~~

salam..dearie blog..
juz wanna say Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memudahkan perjalanan hidup di maktab ni..setelah agak ksmpitan coz kekurgn "ongkos" ,Allah mendengar rintihan hatiku..Dia kurniakan nikmat rezeki kpd kami semua hr ni.."ELAUN DAH MASUK"!!!!so watla sujud syukur bg org2 yg mmg dah nazak sgt 2..smpi tpksa mkn shari skali je..tu pun mkn roti..ngee~~