Wednesday, February 4, 2009

sUrAt HAwa UnTuK AdAM ^_^

Ohh Adam...

Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam... nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...


Ikhlas dari
Hawa

dealova??

ada sumone suh aku dgr lagu 2 n suh bygkan dia yg ckp..
pelik tp benar..4 da 1st time aku dgr lg 2 aku x fhm pe yg cuba dsmpaikan..slama ni aku fhm je..
tp bila dia suh aku dgr trus jd x fhm..adkh kerana ati aku xnak fhm so skaligus otak aku cuba menolak maklumat yg cube disalurkan??

wahai ar-rijal..cubalah kau fahami bahawa sukarnya aku ingin mnjadi seperti kini..
hdp hnya berfokuskan Allah semata2 tnpa mmikirkan cinta sesama manusia..
bkn kerana aku ingn menolak fitrah yang telah ditentukan oleh Allah..tp kerana aku tau bahwa itu hnya kerja sia2..bgku cintaku hnya untuk Allah, Rasul, keluarga n yg teristimewa hnya untuk si dia yg bergelar suami...
bkn untuk si lelaki ajnabi yang tidak ku ketahui masa depan bsamanya..
~DEALOVA~

one more day 4 me..

Alhamdulillah.. segala syukur kpd Allah dan selawat serta salam kpd Rasul junjungan..
Thanks 2 Allah coz give me one more chance 2 breath. syukur gak coz aku still dlm rahmatNya..
kdg2 kita leka dlm melalui khdpn seharian..hang out ngan frens (gelak2 smpi x ingat dunia), bz ngan esaimen,keje2 len n mcm2 r..kita lupa nak ucapkan betapa bersyukurnya kita dpt hdp satu hr lg untuk nak ktip pahala 4 bekalan di "sana"...bjln x tgs kita as khalifah n ubudiyyah??(emm tahla)..aku doa smga aku x tglg dlm org2 yg lalai..
sumtimes aku rasa ngeri..ngeri tgk manusia zmn skunk..bts pergaulan tnpa had,x pk halal n haram..cuba mncari keseronokan dnia..mncari hburan untuk ktenangan...sdgkan saudara seislam tengah bergelut untuk hdp mpjuangkan agama..malunya jd manusia yg berhambakan nafsu..
kdg2 kita hdp untuk cr ksrnokan sdgkan ksrnkan 2 x kekal..hnya smntara..(cam pmpuan kuar shoping*wat perabis duit je*..n lelaki men game)..akhirnya hdp kacau bilau..shari suntuk p shoping smpi lupa wktu solat,esaimen x wat,keje2 len berlambak menunggu..n ksmpulannya bkn ketenangan yg kita dpt..tp lg tensen..(tul x??)..itulah dr aku yg dulu..
n now i realize..sejauh manapun kita cuba mncari ksronokan smpi melampaui batas,semakin hdp kita kacau bilau..x terurus...kita jauh dariNya..alangkah malang coz xdpt nak kecap kemanisan untuk mencintaiNya..
kita sbuk kejar cinta dnia..yg hanya palsu..x mmberi jaminan pun..tp cinta hakiki yg sepatutnya cuba direbut kita abaikan..betapa ruginya org2 yg terus berada dlm kegelapan...
"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU KERANA CINTANYA TIADA TANDINGAN"