Thursday, May 7, 2009

kasih IBU KU..

after abah meninggal, mak sgt tabah..x penah aku tgk mak putus asa..mak besarkan kami dgn keringat dan tulang 4 kerat yang ada..ke hulu ke hilir tanpa kenal erti penat..mak x penah mgeluh walaupun habis keringat membasahi tubuh..mak x penah mengadu walaupun aku tau dia sengsara..pernah aku terfikir bahawa ingin saja aku bhenti belajar dan tolong mak dengan mencari rezeki..tp pesanan dia cuma satu.."' fikirkan masa depan zai..kalo bukan kita yang majukan diri, siapa lagi yang nak tolong.." kata-kata dan semangat yang mak alirkan mcm air sungai..sentiasa dingin dan mampu segarkan diri aku sepanjang perjalanan aku menuju impian..
"mak..sesungguhnya kasihmu tiada tandingan..kekuatanmu menjadi inspirasiku..nasihat mu menjadi sumber kekuatanku dan dirimu menjadi contoh hidupku..sayang mak selalu..insyaAllah akan ku balas setiap keringat yang mengalir walau ku tahu ia tidak sama dengan setiap budi yang kau taburkan.."

Segenggam Tabah
Album : Tiada Lagi KasihMunsyid : In-Teamhttp://liriknasyid.com
Bertali arus dugaan tiba

Menakung sebak airmata

Namun tak pernah pun setitis

Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara

Suratan nasib yang melanda

Menongkah badai bergelora

Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja

Patah sayapnya tetap terbang jua

Sekadar secicip rezeki

Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan

Buat bekalan di perjalanan

Kau bebat luka yang berdarah

Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu

Derita buatmu ada hikmahnya

Terlukis senyum di bibir lesu

Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu

Mungkinkah jernih di muara

Biarpun jenuh hidup dipalu

Pasti bertemu tenangnya

p/s :- (special 4 my mum -azian bt yusoff)..penyejuk mata,pendamai hati..

2 comments:

FArah said...

huhu
sedeynyer lagu ni..
faveret ni..

zai insyirah said...

yup mmg sdey..stp kali dgr lagu ni tíngt mak..hukhukhuk