Friday, July 17, 2009

ilHamku...

DAMAI YANG MEMBISU~~
aku..
si pendatang di daerah sana..
dalam riuh rendah suasana,
aku membisu di balik senja..
di pangkin tua itu..
diriku tersadai tanpa arah..
merenung langit yang membiru..
mengucap 1001 makna di sebalik kedamaian
sungguh aku pernah bertatih,
dalam pencarian cinta yang suci
ombak yang menghepas pantai
jd saksi bahawa aku...
si pendatang yang mencari...
aku pernah menjadi pelakon di pentas yang luas itu
mengikut watak hati yang onar
sesekali aku terjatuh
dan tanpa sedar aku lemas dalam lautan manusia..
kebisuan yang semakin ku perlukan
dalam pendamaian yang ku tujui
aku syukuri kini damai yang membisu
menenangkan hati mendamaikan qalbu...
( sajak ini aku ilhamkan masa dlm clas SDP..kami dminta oleh lectrr utk cipta satu sajak brdsrkan gmbr yg dberi..emm..hope korg sume fhm apa yg aku nak smpikan dlm sajak ni..sape yg dpt huraikan,aku bg hdiah..huhu)

2 comments:

hidungberantai said...

mana gambarnya...emmm bagus...mmg mmerlukan penelitian utk memahami cetusan idea ni...

zai insyirah said...

to hdung berantai:-
gmbr 2 ada kat laptop lectrr la..huhu..so fhm ke tak??