Friday, February 6, 2009

KenApa cInta 2 bUta??

slalunya org ckp cinta 2 buta..tp sbnrnya manusia yg buta,bkn cinta..kerana cinta adlh hdiah istimwa dari Allah untuk hambaNya..so stp kurniaan Allah byk kebaikan dan keistimwaannya..cuma manusia sndr yg slh guna cinta itu..
spttnya cinta yg teragung hnya untuk Sang Khaliq..dialah yg ptt dcintai spnuh hati..kerana dia tdk prnah mghmpakan kita..bgitu byk dosa n kemungkaran yg kita lakukan,tp dia ttp dgn sft ar-Rahman n ar-RAhimNya..prnh x kita t'pk?? kalo kita wat satu dosa, Allah trik satu nikmat cth yg plg mudah Allah trik nikmat untuk kita bernafas untuk seminit je..tntu skali Allah x wat begitu walaupun Dia mmpu wat apepun..2 lah cth plg mdh betapa cintaNYa Dia kpd kita manusia ni..Manusia yg sering ingkar akan perintahNYa..betapa bongkaknya kita...sdgkan kita hnya menumpang di BUmi Allah..
kalo kita nak wat dosa, jgn duk kat Bumi Allah ni??leh ke?? hbs 2 nak tggl ne??sbb stp bnda adalah ciptaanNya..so we have 2 reflect ourself..wat muhasabah diri stp hari..x maluke pdNya??sdgkan kita trus2an wat dosa??
yes i know..as a manusia kita x lari dari wat dosa..tp sjauhmana kita sdr dan nak perbaiki diri spy x ulang dosa yg sama?? sama2 la kita fikirkan..stp kali nak wat kemungkaran ingtlah betapa cintanya Allah kpd kita n sggpke kita hampakan "org" yg mcintai kita?? kalo dlm konteks kapel..kita nak jg hati psgn..xnak bg dia mrh or kcw..n we will do our best 4 them 100%..(x ptt,x ptt)...so kita jglah "HATI"pencipta kita n spttnya kita bg 1000% pd Dia..ingt 1000% kpd Dia..kalo kita x sggp kcwkan kksh kita,kita 1000 kali gnda xnak kcwkan Allah..

KEKASIHKU…

Akhir sekali saya nak cerita kepada awak semua tentang KEKASIH saya yang selama ini saya rahsiakan daripada pengetahuan awak semua. Saya harap awak sudi mendengarnya ( Saya tulis huruf besar tu…sebab saya terlampau sayang sangat kat DIA )Penyayang sifatnya. Betul ni… tak tipu punya! Apa taknya, masa saya susah, minta tolong apa sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila saya susah hati boleh terus mengadu kat DIA.

Yang bestnya tu, bila saya dah ngadu kat DIA, terasa peace atau tenang aje. For surelah…KEKASIH kan?! Ish! Beruntung beruntung betul la dapat KEKASIH cam ni…Tak penah sakitkan hati saya, bila-bila masa saja saya boleh contect DIA.

Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la…cinta punya pasal, kan?? DIA tak kisah pun kalau saya tak ingat kat DIA, tapi rugilah saya sebab kalau saya ingat, contect je DIA, sure macam-macam la yang saya dapat…tak kiralah, material ke…spiritual ke…emm memang KEKASIH sejatilah tu! Bila saya rindu kat DIA ,baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu, siap bagi example @ contoh lagi nak suruh saya faham…

Memang ramai yang jatuh cinta kat DIA, tulah saya jeles sangat tu…tapi saya pun kenalah usaha betul-betul, so, kalau saya usaha lebih sikit, saya dapat lebih la, kan?? KEKASIH saya ni baik sangat-sangat. Kadang-kadang saya terjaga tengah malam dalam pukul 3 @ 4 pagi, saya sure akan contect DIA. Rindu la kan!! Sebenarnya , KEKASIH saya ni sangat-sangat kaya tulah yang pemurah sangat tu, semua keperluan hidup saya, DIA lah support…Caya tak? Saya mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu kan? Sebab tu yang buat saya sanggup berkorban apa saja untuk DIA…cheewah..!!

DIA suruh saya belajar bersunguh-sungguh, kalau boleh saya belajar semua ilmu, sebab KEKASIH saya ni memang cerdik + bijak+ genius dan banyak lagilah. DIA kata tanpa ilmu setiap amal yang saya buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat saya kalau saya rajin belajar. Malu la saya nak bagitau awak semua satu perkara ni… emm… Saya sebenarnya… belum pernah jumpa DIA… belum bersedia… Tapi KEKASIH saya dah janji, satu hari nanti, saya mesti jumpa DIA. Sekarang ni menghitung hari la saya ni… tapi kecut perut gak !! Takuutt! Saya mesti prepair awal-awal…

Daripada surat DIA yang ada tu, saya tahula apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah saya buat apa yang dia suka, jadi DIA tambah sayang la kat saya, kan? Tak pelah, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji sapa-sapa yang DIA sayang, DIA akan bagi hadiah special yang saya tak pernah fikir pun!!

Ish! Rindu sangat dah ni, walaupun kami tak pernah berjumpa namun saya tetap bahagia…





KEKASIH…
Aku janji…
Aku akan pertahankan cinta suci ini…
Walau nyawa digalang ganti…
Menggadaikan cinta teragung ini…
Tidak sama sekali...
Walau tidak pernah berjumpa…
Aku tetap bahagia
ITULAH KEKASIHKU…
ALLAH S.W.T …
Cinta teragung…

(amacam best tak cerita tentang KEKASIH KU)☺

jAulah 2 Kl (BAngI!!)..

sok akan ada jaulah ke KL...
kali ni kami as katibah Ali akan diLAUNCHINGKAN!! yahOOO!!!..
seramai lbh krg 100 org akan join this daurah,.
hope byk pglmn n ilmu akan ditimba..
moga kami mnjadi lbh kuat coz ada networking slrh M"sia...
emm..
slmni rs wat keje sorg2..
tp skunk akan jmpa org yg sama2 trt wat keje dakwahni..
smga islam mmpu mnjdi USTAZIATUL ALAM spt ms dl..
ALLAHHUAKBAR!!!

Thursday, February 5, 2009

lElaki IdamAN!!

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman

Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang menjaga matanya dari berbelanja

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana penat membaca

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangunnya subuh penuh kercergasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia

Kerana dia mengimpikan syurga

Di situlah rumah idamannya

Dan dia ingin membawa saya bersama

Dialah lelaki idaman saya


p/s: adakah dia untukku?

Wednesday, February 4, 2009

sUrAt HAwa UnTuK AdAM ^_^

Ohh Adam...

Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam... nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...


Ikhlas dari
Hawa

dealova??

ada sumone suh aku dgr lagu 2 n suh bygkan dia yg ckp..
pelik tp benar..4 da 1st time aku dgr lg 2 aku x fhm pe yg cuba dsmpaikan..slama ni aku fhm je..
tp bila dia suh aku dgr trus jd x fhm..adkh kerana ati aku xnak fhm so skaligus otak aku cuba menolak maklumat yg cube disalurkan??

wahai ar-rijal..cubalah kau fahami bahawa sukarnya aku ingin mnjadi seperti kini..
hdp hnya berfokuskan Allah semata2 tnpa mmikirkan cinta sesama manusia..
bkn kerana aku ingn menolak fitrah yang telah ditentukan oleh Allah..tp kerana aku tau bahwa itu hnya kerja sia2..bgku cintaku hnya untuk Allah, Rasul, keluarga n yg teristimewa hnya untuk si dia yg bergelar suami...
bkn untuk si lelaki ajnabi yang tidak ku ketahui masa depan bsamanya..
~DEALOVA~

one more day 4 me..

Alhamdulillah.. segala syukur kpd Allah dan selawat serta salam kpd Rasul junjungan..
Thanks 2 Allah coz give me one more chance 2 breath. syukur gak coz aku still dlm rahmatNya..
kdg2 kita leka dlm melalui khdpn seharian..hang out ngan frens (gelak2 smpi x ingat dunia), bz ngan esaimen,keje2 len n mcm2 r..kita lupa nak ucapkan betapa bersyukurnya kita dpt hdp satu hr lg untuk nak ktip pahala 4 bekalan di "sana"...bjln x tgs kita as khalifah n ubudiyyah??(emm tahla)..aku doa smga aku x tglg dlm org2 yg lalai..
sumtimes aku rasa ngeri..ngeri tgk manusia zmn skunk..bts pergaulan tnpa had,x pk halal n haram..cuba mncari keseronokan dnia..mncari hburan untuk ktenangan...sdgkan saudara seislam tengah bergelut untuk hdp mpjuangkan agama..malunya jd manusia yg berhambakan nafsu..
kdg2 kita hdp untuk cr ksrnokan sdgkan ksrnkan 2 x kekal..hnya smntara..(cam pmpuan kuar shoping*wat perabis duit je*..n lelaki men game)..akhirnya hdp kacau bilau..shari suntuk p shoping smpi lupa wktu solat,esaimen x wat,keje2 len berlambak menunggu..n ksmpulannya bkn ketenangan yg kita dpt..tp lg tensen..(tul x??)..itulah dr aku yg dulu..
n now i realize..sejauh manapun kita cuba mncari ksronokan smpi melampaui batas,semakin hdp kita kacau bilau..x terurus...kita jauh dariNya..alangkah malang coz xdpt nak kecap kemanisan untuk mencintaiNya..
kita sbuk kejar cinta dnia..yg hanya palsu..x mmberi jaminan pun..tp cinta hakiki yg sepatutnya cuba direbut kita abaikan..betapa ruginya org2 yg terus berada dlm kegelapan...
"CUKUPLAH ALLAH BAGIKU KERANA CINTANYA TIADA TANDINGAN"

Monday, February 2, 2009

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijakPendorong kesusahan dan
tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....
Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah permaisuri hidup Nabi Ayub….
pasrah dengan dugaan Tuhannya….
walau pernah tersungkur kerana jerat syaitan…
namun ia kembali kerana iman yang kuat…
telah dijanjikan syurga adalah balasannya….
bahagia adalah miliknya…
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....