Monday, May 11, 2009


salam..selamat hari IBU..

emm...rasanya x terlambat lg tuk aku wish selamat Hari IBU kepada semua yg bergelar ibu,emak,umi,mummy,mama dan apa jua gelaran tuk seseorag yg telah melahirkan kita..dan khususnya kepada emak (AZIAN BT YUSOFF)..u're the greatest mom n my source of inspiration..thanx 4 being such a good supporter & thanx coz sggp bersusah payah besarkan kami..



bercakap soal mak, aku mmg sgt2 snstf kalo berkaitan dgn mak..sng tersentuh & risau kalo apa2 jd pd mak..mgkin dari kecik mmg dah sgt rapat dgn mak berbanding arwah abah..aku digelar anak manja mak..ntahla..akupun x tau sbb apa..tp mak sng nak beri keizinan kalo aku yg mtk..dari kecik mmg xleh berenggang dgn mak..tp sejak dah belajar jauh ni aku cube bljr tok berdikari..tp WAJIB stp hari call mak..kdg2 smpi 2,3 kali dlm sehari..hehe (anak manjala katakan)..



mak..maafkan atas segala slh silap dan dosa yg pernah dilakukan..

aku bersyukur kerana ada mak yg begitu memahami dan penyayang..

bg sesape yg msh ada IBU, tlglah hrgai ibu kita..jgn smpi episod derhaka tanggang berulang kembali..dan bagi sesape yg sudah kehilangan ibu mereka, sentiasalah mnjadi anak yg soleh/solehah dan selalulah berdoa tok kesejahteraan roh mereka "di sana"...

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (LUQMAN:14)

keNapa saYa takut Kucing??




salam..kucing adalah bntg yg sgt jinak..comel,sgt2 comel..sgt lincah..aku suka kcg,suka sgt2 sbb comel tp...................................


aku sgt takut dengan kucing...(waaaaaaaaaaaaaa)


aku penah nak try pegang,tp waaaaaaaaa gerun..takut kena gigit..hehe..tp 2 x bmkna aku benci akan bntg yg bernama kcg ni..mana leh nak benci..sdgkan Rasulullah sgt menyayangi kcg..malah ada sahabat iaitu Abu Hurairah yang diberi jolokan tersebut kerana sygkan kcg..so xde niat lgsg nak membenci bntg..cuma tak tahan dgn bulu bntg ni..tíngat sorg sahabat yg sgt sygkan kcg which is nama dia pun Cat..(hehe sori cat,guna nama awak)..nama sbnr dia khadijah..mis u la..bila tgk kcg je tíngat kat cat.":(..so sama2la kita mnyayangi bntg ni ek..wpun kita x suka or takut tp jgnla di sepak or dipukul k..juz respect them coz depa pun makhluk Allah gak..HIDUP MEOWWW!!!

.Sabda Rasulullah SAW; "Siapa tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi.."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Friday, May 8, 2009

tengAh marah ;(


Atasi Perasaan Marah...
Marah datang dari perasaan

atau emosi. Bila kita marah emosi telah menguasai pemikiran kita sehingga aspek pemikiran dan psikomotor (gerak anggota) tidak dapat dikawal lagi. Pada ketika itu gerak geri kita secara automatik akan akur kepada arahan emosi misalnya muka kita jadi merah – darah naik kemuka kata orang – mata dibeliakkan, bibir digetap atau mulut ternganga dan suara meninggi. Bila marah sudah sampai ke tahap melampau, kaki dan tangan kita juga turut bertindak secara spontan dan agresif seperti menendang atau menyepak, menghempas barang-barang di hadapan mata dll sehingga kita boleh bertindak seperti orang tidak siuman. Maki hamun dan sumpah seranah memang perkara biasa dilakukan oleh mereka yang marah secara melampau ! Kenapa kita boleh jadi marah ? Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkannya.

1) Pertama kita jadi marah bila emosi kita sudah tersentuh Oleh itu mereka yang emosional atau cepat terasa akan menjadi cepat marah bila mendapati emosi mereka sudah terganggu. Contohnya kita akan merasa tersentuh bila ada orang menuduh kita melakukan sesuatu yang pada pendapat kita, kita tidak melakukannya. Emosi kita akan terganggu bila dituduh yang bukan-bukan (pada perasaan kita).

2) Kedua, kita boleh menjadi marah bila kita dicabar secara lansung atau tidak. Merasa marah akibat dicabar boleh dianggap sebagai naluri (instinct) manusia. Misalnya seorang suami marahkan isterinya yang tidak menurut perintahnya. Di sini dia merasa tercabar kerana kedudukannya sebagai suami sudah tergugat.

3) Ketiga, marah juga boleh berlaku akibat fenomena alam. Kita mungkin marah bila kereta kita rosak di tengah jalan atau sesuatu yang berlaku di luar perhitungan kita. Ada banyak lagi perkara yang boleh mengakibatkan kita menjadi marah. Semuanya terjadi akibat emosi kita sudah tersentuh. Mereka yang cepat marah atau "naik angin" kata orang - dipanggil "panas baran". Orang yang panas baran akan cepat melenting dan marah-marah sehingga di luar kawalan.

Bagaimana kita mengatasi perasan marah ? Sebenarnya oleh sebab marah itu datang dari emosi atau perasaan, ia akan dapat diatasi dengan mudah jika kita cukup bersedia. Yang paling utama kita perlulah dapat mengawal emosi dengan sempurna. Bila kita sudah merasa nak marah, cepat-cepatlah alihkan fokus kita ke otak – jangan biarkan emosi mengawal diri. Dengan cara berfikir melalui otak – bukan melayan perasaan , emosi kita akan dapat dikawal dan seterusnya boleh mengurangkan rasa marah kita. Proses ini dalam psikologi dipanggil sebagai "cognitive factor". Mereka yang dapat dipengaruhi oleh emosi disebut sebagai "emotivist" Hanya dengan berfikir secara teratur saja kita akan menjadi rasional. Ada beberapa cara bagaimana kita boleh mengatasi perasaan marah:

1) Ahli psikologi menyarankan bila kita merasa nak marah, cubalah renung kuku ibu jari tangan kita kira-kira 2 minit. Dengan cara itu kita akan dapat mengubah fokus dari emosi ke pemikiran. 2) Ada pula ahli psikologi yang mencadangkan supaya kita membilang 1,2,3,4,5... ...sehingga perasaan kita yang tegang itu menjadi kendur.

3) Ketika perasaan marah sudah menguasai diri, cubalah bawa tersenyum kerana dengan cara itu emosi kita akan menjadi tenteram. Tentu amat sukar kita hendak mengorak senyuman ketika sedang marah; tapi tidak mustahil kita mampu melakukannya jika dicuba.

4) Jika anda beragama Islam perkara di bawah ini mungkin boleh menolong:

- Bawa beristighafar atau mengucap berulang kali.

- Baca mana-mana ayat al-Quran yang kita tahu terutama surah an-Nas

- Ambil wuduk (jika mampu)

- Solat sunat (jika perlu)


Semua cara di atas bertujuan untuk memindahkan fokus kita dari emosi ke pemikiran. Bila pemikiran kita sudah berjaya mengawal emosi, insyaallah perasaan marah kita akan reda dan seterusnya hilang. Biarlah pemikiran (cognitive) menguasai diri kita – bukan emosi !!

Thursday, May 7, 2009

munajat CINTA..

Munajat Cinta...
YA ALLAH?
Aku Mohon KepadaMU CintaMU?
Cinta Siapa Saja Yang MenCintaiMU?
Cinta Apa Saja Yang Mendekatkanku Kepada CintaMU..
Jadikanlah CintaMU Lebih Berharga
BagikuDaripada Air Dingin Bagi Orang Yang Kehausan?
YA ALLAH?
Jadikanlah Aku MencintaiMU Dengan Sepenuh Hati?
Selalu Mencari RidhaMU Dengan Upaya Maksimalku?
YA ALLAH?
Jadikanlah Semua Cintaku Hanya UntukMU?
Semua Usahaku Hanya Untuk Meraih RidhaMU?
YA ALLAH?
Hidupkan Aku Dengan CintaMU?
Matikan Aku Dengan CintaMU?
Bangkitkan Aku Dengan CintaMU?
CintaMU Bagiku Adalah Segala-galanya?
Oh Rabbi?
Jika Cintaku Kau Ciptakan Untuk Dia
Tabahkan Hatinya
Teguhkan Imannya
Sucikan Cintanya
Lembutkan Rindunya
Rabbi....Jika Hatiku Kau ciptakan Untuk Dia
Penuhi Hatinya Dengan KasihMU
Terangi Langkahnya Dengan CahayaMU
Bisikkan Kedamaian Dalam Kegalauan
Temani Dia Dalam Kesepian
Rabbi...Kutitipkan Cintaku PadaMU
Untuknya Resapkan Rinduku Pada Rindunya
Mekarkan Cintaku Bersama Cintanya
Satukan Hidupku Dan HidupnyaDalam CintaMU?
Sebab, Sungguh Aku Mencintainya KarenaMU...

kasih IBU KU..

after abah meninggal, mak sgt tabah..x penah aku tgk mak putus asa..mak besarkan kami dgn keringat dan tulang 4 kerat yang ada..ke hulu ke hilir tanpa kenal erti penat..mak x penah mgeluh walaupun habis keringat membasahi tubuh..mak x penah mengadu walaupun aku tau dia sengsara..pernah aku terfikir bahawa ingin saja aku bhenti belajar dan tolong mak dengan mencari rezeki..tp pesanan dia cuma satu.."' fikirkan masa depan zai..kalo bukan kita yang majukan diri, siapa lagi yang nak tolong.." kata-kata dan semangat yang mak alirkan mcm air sungai..sentiasa dingin dan mampu segarkan diri aku sepanjang perjalanan aku menuju impian..
"mak..sesungguhnya kasihmu tiada tandingan..kekuatanmu menjadi inspirasiku..nasihat mu menjadi sumber kekuatanku dan dirimu menjadi contoh hidupku..sayang mak selalu..insyaAllah akan ku balas setiap keringat yang mengalir walau ku tahu ia tidak sama dengan setiap budi yang kau taburkan.."

Segenggam Tabah
Album : Tiada Lagi KasihMunsyid : In-Teamhttp://liriknasyid.com
Bertali arus dugaan tiba

Menakung sebak airmata

Namun tak pernah pun setitis

Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara

Suratan nasib yang melanda

Menongkah badai bergelora

Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja

Patah sayapnya tetap terbang jua

Sekadar secicip rezeki

Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan

Buat bekalan di perjalanan

Kau bebat luka yang berdarah

Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu

Derita buatmu ada hikmahnya

Terlukis senyum di bibir lesu

Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu

Mungkinkah jernih di muara

Biarpun jenuh hidup dipalu

Pasti bertemu tenangnya

p/s :- (special 4 my mum -azian bt yusoff)..penyejuk mata,pendamai hati..

review bOoks..:)


pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul..
salam..penah baca buku ni?? (saya x penah)..emm kepada sesape yg ada pinjam leh?? :) ..ada sorang akhawat yg kenalkan buku ni pada saya..tp x berpeluang lagi nak baca..melalui apa yang diberitahu cam best je.. tapi ni dia sinopsis buku ni..:-
Fatimah Syarha Mohd Noordin
RM12.00Telaga Biru Sdn Bhd
Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

Wednesday, May 6, 2009

tEntanG cInta..



Kalau tiada cinta insan untukmu, cukuplah cinta Allah menjadi penyuluh hidupmu..kelak ada cinta untukmu dari insan yang mencintai Allah, sebagaimana cintamu terhadap-Nya..:)